72 Makwe Pakwe telah membaca entry ini

Pernah rasa kekasih hampa dirampas ?
Sakit kan rasa kecewa tu ? Pedih kan ?
Lebih sakit kalau yang merampas kekasih kita adalah kawan baik sendiri.
Selama ni kita berkawan baik dan kawan baik kita pun mengenali kekasih kita. 
Dan tiba-tiba hubungan kita dengan kekasih kita menjadi dingin. 
Kita plak selalu berkongsi cerita dengan kawan baik kita.
Tapi tiba-tiba kawan baik kita yang selalu dengar pasal masalah kita, macam tak mau masuk campur. 
Hubungan hampa pon tak lagi macam dulu.
Kita pun pelik. Apsal tiba-tiba orang yang kita sayang di sekeliling kita berubah?
Tup tup kita dapat tau kekasih kita ada hubungan sulit dengan kawan baik kita. 
kita akan rasa dikhianati oleh kawan baik sendiri, orang yang kita  percaya.
Pasti sakit hati, kecewa tu tok sah kata la rasa macam nak bunuh ja sekoq-sekoq.
 And for your information bie, sayang ungkit pasai bie sebab tertiba sayang macam teringat kisah dulu, 
sayang rasa macam bie pun nak buat benda yang sama kat sayang. 
Sayang terasa macam bie nak gunakan sayang konon untuk bahagia sementara. 
Sayang minta maaf. Otak sayang gila masa tu.

Aku pun taktau pasaipa lanie aku macam teringat ingat kisah dulu, 
kisah yang aku nak lupakan terus dari hidup aku, padam untuk selamanya,
kisah yang aku taknak muncul dalam hidup aku. 
Bila aku teringat, automatik aku jadi terfikir bukan bukan then mangsanya Ammar, 
kesian dia, dia taktahu apa apa pun. Sayang mintak maaf bie.
Dulu, aku bukan macam Yuyun yang kebanyakan orang kenal sekarang, 
Yuyun dulu pendiam, Cuma pandai tersenyum, dengar kata, lemah lembut, suka menangis. 
Hahahaha. Tapi sebab seorang ja ‘ Lelaki ‘ semua tuh berubah 100%. 
Bohong lhaa, sapa tak pernah rasa kecewa kan. Yes, aku salah seorang. 
Actually sebenarnya kecewa tuh tak beri effect besar sangat pun, 
tapi bila kecewa + dikhianati, seriously sesapa pun akan jadi manusia yang tersangat down. 
Aku pun taktau kenapa aku tulis kisah nie tapi aku rasa aku nak tulis jugak. 
Dulu, aku pernah couple, first love aku budak selangor, dia tahfiz, dia dari family yang memang berada, 
umor kami sebaya, maybe sebab family yang berpengaruh, so masa form 4 dia dah sambung study dekat Jordan. 
Relay tuh hampir dua tahun. Tapi bukan dia yang aku kecewa. 
Aku pun bukan setia dengan dia, maybe sebab kami bercinta long distance so sayang tuh cuma dekat mulut ja. 
Tapi lepas aku putus dengan dia, ada seorang mamat nie baru pindah kat kawasan rumah aku, 
dia budak Johor, nama dia Faridzuan tapi orang panggil Ayid.
Nak jadi cerita, membe aku kenalkan aku dengan dia, 
lepas tuh dari hari ke hari kitorang jadi rapat and last sekali couple. 
Setiap hari kitorang akan dating, jogging sesama setiap pagi, 
lepak sesama time malam, serius masa tuh aku rasa aku terlalu happy. 
Tapi aku tak rasa tuh cinta, maybe cuma sayang sebab biasa lhaa, dia lelaki first aku dating. Hahah. 
At the end, aku kenalkan dia dengan family aku, masa tuh aku form 3, 
kiranya family aku kenal dia and dia jugak lelaki first yang aku kenalkan dengan family. 
Tak dinafikan dia seorang yang romantik, dia sanggup jalan kaki datang rumah aku walaupun agak jauh 
and kau bayangkan buku kulit tebal yang pendek tuh, dia tulis cerita aku dengan dia, 
hati perempuan derr, bohong kalau tak tersentuh. So sebagai seorang perempuan yang naif masa tuh, 
aku letakkan harapan yang tinggi dalam relay tuh tapi at the end padan muka aku. 
Aku dengan bangga cerita dekat kawan kawan pasal dia and bagi kawan kawan baca buku tentang kisah kami tuh. 
Masa tuh aku ada seorang kawan perempuan, aku just namakan dia Lisa ja okay, 
nama betul biarlah rahsia, dia memang terkenal sebagai perampas,
 mula mula tak rapat sangat tapi selalu lepak sesama, tapi time aku couple dengan laki tuh, 
dia selalu datang rumah petang petang ajak keluar ronda, nak teman aku jumpa lelaki tuh, 
teman aku jogging pepagi and dari tuh aku jadi terlalu rapat dengan dia. 
Setiap masalah aku dengan pakwe aku tuh, aku akan ceritakan dekat dia.  
Tapi seriously memang aku tak sangka, dia boleh tikam belakang aku. 
Aku ingatkan dia takkan rampas hak aku, and tak pernah terfikir pun dia akan rampas sebab dia kawan aku, 
Tuhan tu maha adil, kalau kita benar, Allah mesti tunjukkan kebenaran untuk kita.
Walaupun diorang sembunyi sampai aku pun tak dapat kesan tapi
Akhirnya, kawan Ayid sendiri yang bagitahu semuanya dekat aku, sebab dia dah tak sanggup aku kena tipu. 
Bila aku tanya, aku mintak penjelasan, semua still berpura pura, sampai tahap aku ugut baru nak berterus terang,  
rupa rupanya diorang dah lama couple belakang aku, boleh bayangkan perasaan aku time tuh ? 
boleh teka macam mana hancur hati aku dengan semua tuh ? Pandainya diorang berlakon depan aku selama nie, 
bila depan aku diorang buat seolah olah takda apa apa. Hati aku lagi hancur bila Ayid cakap dengan aku, 
dia dah lama sukakan membe aku, dia couple dengan aku cuma sebab nak bagi aku happy, hahahhaha. 
Habis tuh selama nie janji sumpah setia kononnya dia sayangkan aku tuh apa ? 
Mungkin silap aku sendiri yang tak pandai jaga dia . Silap aku yang tak menarik di mata dia :') 
Aku percayakan diorang berdua, 100% kepercayaan aku . 
Aku tak sangka diorang sanggup buat aku macam tu. 
Serious aku rasa macam aku nie terlalu bodoh dekat mata diorang, 
macam aku nie cuma sisa kotoran yang diorang boleh sepak kesana kemari. 
Aku rasa aku tak ubah macam pelacur yang dia guna untuk lepaskan nafsu. 
Serious aku rasa tersangat hina. Aku pulangkan semua barang barang yang dia pernah bagi aku, 
tapi cuma dua helai ja baju aku tak pulangkan sebab dia taknak. 
And yang mampu dia cakap dekat aku Cuma ‘Maaf’. Aku jadi terlalu lemah sebab semua tu,
dalam masa yang sama aku exam PMR, aku pun taktahu apa yang aku jawab time exam.
Tapi maybe rezeki aku so result tak hancur sangat, just 3A 5B.
Bila aku sesorang, aku akan menangis, menangis then menangis sampai aku tertido.  
Sakit wey bila orang yang kita letakkan harapan yang tinggi, musnahkan harapan tuh. 
Lebih sakit bila kita dikhianati kawan kita sendiri.
Lepas pada tuh, aku jadi murung. Aku jadi pendiam . 
Susah aku nak terima kenyataan yang kawan aku ada hubungan dengan boyfriend aku sendiri. 
Memang aku tak kenal cinta tapi aku terluka sangat sangat sebab ditipu dan dikhianati.
Dekat Wan Zainariah aku luahkan semuanya. Dia kawan aku sejak sekolah rendah lagi.
Dekat bahu dia aku menangis semahunya, sampai aku puas.
dia yang banyak bagi aku semangat lupakan benda tuh. Dia cakap tuh bukan jodoh aku,
tuh semua dugaan untuk aku and one day diorang akan terima balasan. 
Aku tak kecewa sebab lelaki tuh tinggal aku tapi aku tersangat kecewa
bila dia tinggalkan aku sebab kawan aku sendiri, 
kawan yang aku percaya and lagi kecewa bila diorang tipu aku hidup hidup. 
Mak aku perasan perubahan aku sebab Ayid dah tak datang rumah macam dulu.
Dengan sesiapa pun aku tak bercakap kecuali dengan Wan. 
Makan pun tak menentu, aku yang dulunya chubby, sekelip mata jadi terlalu kurus. 
Mak nasihat aku macam macam tapi aku macam hidup dalam dunia aku sendiri.
Lama aku ambik masa untuk bangkit balik, jadi diri aku semula. 
Tapi sebab semangat dari mak, dari kawan kawan lain, aku boleh berdiri semula macam dulu.
Boleh tersenyum, boleh bergurau walaupun agak janggal pada mulanya. 
And start dari haritu, aku janji dalam hati, aku ikrar dalam diri aku,
aku takkan jadi bodoh sebab lelaki lagi and aku akan pastikan semua lelaki rasa apa yang aku rasa. 
Start dari haritu aku jadi playgirl, aku jadi peramah dengan semua lelaki,
aku layan dengan mesra semua lelaki yang minatkan aku, 
aku buat diorang sukakan aku, sayangkan aku, cintakan aku, then aku tinggalkan.
Jahat kan aku ? Tapi aku puas, aku rasa dendam aku terbalas. 
And aku lagi puas bila aku dengar Ayid dengan Lisa dah putus,
putus sebab Lisa mainkan dia, duakan dia, bodohkan dia selama nie.
Lisa tipu dia and Lisa pernah tido dengan ramai lelaki lain.
Ayid pernah datang jumpa aku, merayu, menangis and melutut depan aku untuk terima dia balik, 
dia kata dia menyesal tinggalkan aku dulu, dia silap pilih,
dia tak pandai nilai yang mana kaca yang mana permata,
dia khilaf, dia tak kuat iman, perempuan tuh yang goda dia.
And dia akan tunggu sampai aku terima dia semula. Dia sanggup jilat balik apa yang dia ludah. 
Tapi sorry to say lhaa, hg dah buat aku sampai hampir jadi macam mayat hidup
then senang senang nak pulihkan balik, nak aku lupakan semuanya.
Cakap memang senang derr tapi yang rasa semua tuh diri aku.
Hg takda dengan aku masa aku jatuh, hg taktau betapa siksanya aku nak hidup. 
Dulu aku pernah rendahkan maruah aku, merayu untuk hg, merayu jangan tinggal aku,
tetap mesej hg macam biasa setiap hari even hg tak balas sepatah pun, 
tetap call hg hari hari walaupun maki yang aku dapat dari hg,
hg kan yang cakap bila hg dah ludah hg takkan jilat balik. 
Bila aku dah move on, hg bukan sesapa dalam hidup aku. 
Aku nak dia rasa apa aku rasa. Memang aku dendam dengan dia, 
sampai aku couple dengan kawan baik dia semata mata sebab dendam.
Kawan dia tak bersalah tapi sebab dendam aku mainkan perasaan kawan dia,
kawan dia yang betul cintakan aku, yang dah lama sukakan aku.
kawan dia dah lama taruh hati dekat aku, tapi sebab Ayid kawan dia, dia undur diri.
Dia tahan sakit hati bila aku jumpa Ayid, tapi bila dia dengar Ayid mainkan aku,
Dia rasa marah sebab Ayid tak hargai aku, dia menyesal tak rampas aku dulu,
dia luahkan isi hati dia dekat aku, and aku terima sebab DENDAM.
Aku seksa perasaan dia sesuka hati aku, aku cuma gunakan dia semata mata.
aku nak buat sampai Ayid hidup dengan rasa bersalah.
Start dari 2011 aku jadi perempuan yang tak ada hati perut, aku mainkan perasaan ramai lelaki,
aku jadi puas bila aku tengok diorang menangis sebab kecewa dan sakit hati, 
aku tak pernah serius bercinta dengan sesapa pun. Lelaki datang silih berganti dalam hidup aku,
lepas sorang sorang yang lain akan datang jadi mangsa aku.
Tapi aku ada prinsip, aku takkan libatkan diri dengan boyfriend orang.
Aku jadikan hati aku keras, kering and takda perasaan. 
Aku hidup dengan ego yang tinggi, air mata aku macam terus kering,
perkataan maaf macam tak wujud langsung dalam hidup aku. 
Sampai membe aku pernah kata aku nie manusia yang takdak hati.
Hidup aku langsung tak reti hormatkan orang, fikirkan perasaan orang.
Lelaki tuh semua cuma hidup dengan maki hamun aku,
tapi aku tetap pelik kenapa diorang tetap bertahan dengan aku,
sampai ada yang sanggup stay dengan aku 3 tahun. hahahha.
Sampai membe membe dah taktahu nak nasihatkan aku macam mana. 
Bagi aku, lelaki tuh semua yang bersalah, dah tahu aku playgirl,
kenapa feeling dengan aku, kenapa cari aku, kenapa tangkap cintan lentok ngan aku ? 
Diorang yang bodoh setia dengan aku, bagi aku cinta dah takda nilai kat mata aku,
semua tuh sampah, semua lelaki sama ja, menyusahkan hidup,
cinta layak disepak macam sampah ja, sebab cinta sebab sayang aku jadi bodoh.
Aku belajar satu benda dalam hidup, jangan terlalu percayakan orang, 
nak percaya pun kena bertempat sebab kekadang diorang lhaa tinggalkan kesan.
yang akan beri seribu kepahitan dalam hidup kita. 
Tapi tuh semua kisah dulu, sekarang aku rasa aku dah jumpa orang yang boleh ubah aku,
serius aku rasa selesa bila aku dengan dia, aku rasa serasi, hati aku rasa hidup,
dengan dia semua ego aku hilang, hati aku yang dulu hilang, dulu takda perasaan jadi sebaliknya.
Aku jadi hilang minat nak layan lelaki lain selain dia, 
sumpah aku serious dengan relay nie. Aku tahu ramai membe membe aku tak percaya kan ? 
Sebab aku pun tak percaya aku boleh berubah bila dia datang dalam hidup aku,
dia lain dari lelaki lelaki yang aku pernah kenal selama nie,
maybe sebab dah terbiasa dengan lelaki so aku dah masak dgn peragai depa.
dia bukan jenis yang romantik, bukan jenis bermulut manis,
mula kenal dia pun salah seorang mangsa aku maybe,
tapi maybe sebab keikhlasan dia berkawan dengan aku,
and based cerita dari kawan kawan dia pasai peragai dia yang agak tut tut.
hati aku terbuka untuk dia, bukan sebab harta bukan sebab rupa.
sumpah aku terlalu sayangkan dia, aku rasa macam dah lama kenal dia,
bagi aku cuma aku dengan dia ja yang wujud dalam dunia kami sendiri.
Takda lelaki lain, sekarang cuma dia dalam hidup aku, 
aku jadi terlalu sombong dengan lelaki lain, aku abaikan apa orang lain cakap.
Dengan dia aku belajar macam macam yang aku tak pernah tahu, 
aku belajar minta maaf, aku belajar setia, aku belajar memujuk,
aku belajar erti berlembut, aku belajar mengaku kesalahan aku,
aku belajar cemburu, aku belajar rindu and aku belajar bahagia. 
Sampai membe membe aku pernah pertikai, why dia ? why Ammar ?
Apa istimewa nya dia sampai aku selama bertahun hidup sebagai playgirl boleh berubah ? 
Betoi ke aku bahagia ? Dorh, pakwe lama hg lagi hensem kott ? Kenapa bukan bla bla bla ? Sighhh ! 
Hati aku pilih dia and aku yakin dengan pilihan aku,
aku yakin dia boleh bahagia kan aku, aku yakin dia yang terbaik untuk aku, 
and now, semua orang asyik bunyi, korang nie sweet lhaa, sepadan lhaa. Wahh bahagianya korang.
Happy nya hg sekarang. Nak relay macam hampa jugak. Bestnyaa life hampa. 
Sekarang aku dengan life baru, and now maybe aku dah jumpa bahagia aku,
 pembimbing aku, dan aku harap bahagia aku selamanya. 
Tolong jangan kecewakan sayang bie. Sayang letakkan harapan yang terlalu tinggi dalam hubungan kita
lebih daripada harapan yang sayang pernah letakkan dulu
sebab sayang tak pernah rasa apa yang sayang rasa macam sekarang bila dengan bie.
Perasaan sayang bila dengan bie sayang taktau nak gambarkan.
Sayang tak pernah rasa macam apa yang sayang rasa sekarang.
Tolong jaga sayang selamanya. Tolong jangan kecewakan sayang.
Tolong jadi yang terbaik dalam hidup sayang.



✿ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini! ✿

Comments
2 Comments

2 comments :

  1. stay strong dear :)

    ReplyDelete
  2. @Anonymous i'll, in sha Allah. terima kasih cik Anon >_<

    ReplyDelete

✿ tinggalkan kata kata nasihat anda . thanks ✿