72 Makwe Pakwe telah membaca entry ini


Holaa, dah taktahu nak ngadu kat sapa,
Sebab orang lain semua tengah sedap ja tido time cenni,
Tinggal aku ja sesorang tengah layan perasaan yang entah apa apa.
Aku sendiri pun tak faham dengan perasaan aku,
Maybe selama nie aku terlalu pentingkan diri and pentingkan kesempurnaan,
Sampai aku lupa kewujudan orang lain dalam hidup aku,
Sampai aku lupa fikirkan perasaaan orang lain, 
Maybe salah aku sendiri, aku tak layak pun bercinta. 
Kesian dia, terpaksa melayan peragai aku yang buruk,
Salah aku yang tak pernah faham dengan perasaan dia,
Terlalu teruk aku nie, lansung tak guna,
Selama nie tanpa sedar aku paksa dia buat bermacam macam benda merepek,
Suruh teman aku sampai ke pagi, nyanyikan aku sampai tertido,
Bila dia taknak, ugut bermacam macam ugutan tak masuk akal.
Kekadang suka mengacau dia time dia ada kerja, 
Tak bagi letak dia letak fon bila on call kononnya nak bermanja.
Tapi kenyataannya semua tuh stupido, hahah. Bodoh gilaa. 
Bila dia tido, aku akan kacau dia dengan call berbanyak kali, 
Kononnya caring tapi semua tuh mengganggu ja sebenarnya kan. 
Bila dia buat salah sikit, aku asyik nak marah marah ja,
Kononnya nak tunjuk garang tapi sebenarnya benda tuh mengjengkelkan.
Bila nak buat apa apa mesti kena bagitahu dulu, 
Nak kongkong kononnya nak tunjuk kata sayang,
tapi sebenarnya benda tuh menyusahkan dia. Hmm.
Malang kan dapat perempuan macam aku nie, 
Selalu menyusahkan hidup dia ja selama nie. 
Maybe dia patut dapat someone yang lebih baik dari aku,
Aku nie maybe cuma beban dalam hidup dia semata mata.
Hmm, lepasni kalau ada apa apa kita contact setakat pukoi 12 ja.
Boleh dia tido awai lepasni, tak macam sebelum nie, asyik lewat ja.
Lepasni aku takkan mintak apa apa yang merepek dah,
Takkan ugut benda tak masuk akal lagi and takkan call ganggu dia pagi pagi. 
Nak buat apa apa pun lepasni takpayah lhaa bagitahu, dia bebas buat keputusan. 
Kalau dia tak tengking aku tadi maybe sampai bila bila aku takkan sedar salah aku. 
Aku jadi terlalu mementingkan diri selama nie sampai aku abaikan dia. 
Aku tak mintak langsung pandangan dia untuk relay kami. 
Aku cuma ikot kepala angin aku semata mata. 
Kesian dia kan, terpaksa bersabar banyak dengan aku selama nie. 
Selama nie semua masalah yang datang semua berpunca dari aku, aku penyebab utama. 
Lepasni anggap ja lhaa Yuyun dulu dah mati, sekarang nie Yuyun yang baru.
Yuyun yang janji takkan buat semua benda benda yang bodoh macam dulu. 
Lupakan semua kenangan buruk yang pernah ada and pernah muncul dalam hidup kita,
Hahah, aku pun taktahu kenapa bibir aku boleh tersenyum selebarnya,
tapi mata keluarkan air mata, hati aku rasa terlalu sakitt sangat. Sakit yang tak pernah aku rasa. 
Mata nie biasalah kan, selalu mengada ngada ja sejak akhir akhir nie. 
Baru kena tengking sikit pun dah menangis, haha. bodoh betoi.
Sabarlah wahai hati, kita kena kuat kalau nak berubah jadi Yuyun baru, 
kan dah janji, kalau dia bahagia, kita pun turut bahagia sekali,
Tak salah kan berkorban untuk orang yang kitaa sayang. 
Kalau dia boleh bahagia dengan perubahan kita, tak salah kita cuba. 
Maafkan aku yang bodoh dalam percintaan kita ╮(╯_╰)╭




          

✿ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini! ✿

No comments :

Post a Comment

Post a Comment