72 Makwe Pakwe telah membaca entry ini
Yuyun bukan jenis perempuan yang mudah jealous, 
Dulu Yuyun tak reti nak jealous jealous nie, 
Sebab Yuyun rasa macam sia sia ja kalau jealous nie,
tapi sekarang mengapa begini ?
Kenapa Yuyun jadi mudah jealous, 
Sakitnya hati bila jealous tuh datang,
rasa macam nak mati ja, 
Hal kecik pun Yuyun mudah jealous,
Tak suka nya hidup macam nie, 
Dah lhaa jadi mudah menangis, 
kena tegur sikit pun mudah ja air mata nak keluar,
Kenapa ? Mengapa ? Bagaimana ? Apakah ?
Hmm, bencinyaaaaaaaaaaaa.
Bila berkenaan dengan perempuan lain ja Yuyun mudah nak buat peragai, 
Yuyun tak boleh lhaa hidup cenni,
Nanti banyak masalah yang datang, 
Yuyun nak hidup happy dan bahagia ja dengan " DIA "
Anyway, nie ada jumpa sebab kenapa perempuan jealous,
jom kita usya sesama :)


10 sebab kenapa wanita cemburu adalah seperti dibawah:

Sifat semulajadi
  • Memang lahiriahnya wanita mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh. Jika berlaku sedikit perkara yang mungkin remeh bagi lelaki, mereka merasakan perkara yang berlaku terlalu besar sehingga tidak dapat mengawal perasaan.

"Sharing is not caring"
  • Kamu adalah hak mereka dan kamu tidak boleh dikongsi. Itulah prinsip utama wanita dalam menjalinkan hubungan. Berbeza dengan lelaki, mereka masih mampu berkongsi (poligami) kasih dengan 3 lagi wanita.

Rasa tergugat
  • Kadangkala sifat cemburu berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya. Pada rakan sekerja teman lelaki yang lebih cantik, orang yang bercakap dengan mereka dan yang lebih parah jika cemburu pada "salesgirl" yang "seksi". Apatah lagi pula mereka menganggap lelaki lebih pentingkan wanita yang cantik sedangkan sebaliknya bagi lelaki.

Terlalu sayang
  • Ada orang berkata "Cemburu tanda sayang". Betul ke begitu? Bila ada perasaan sayang, maka mereka akan cemburu, jika mereka tidak sayang pada teman lelakinya, maka mereka tidak mengambil serius tentangnya.
Tak suka dibandingkan
  • Kadangkala wanita tidak suka dibanding-bandingkan kelebihan orang lain dengannya. Contohnya: "Sayang, minah jual nasi lemak tu makin cantiklah, dulu tak macam tu..". Nah! Pernyataan mencari nahas. Pasti minah kurang satu pelanggan setiap hari kerana kedai minah telah di "banned".

Lelaki punya pasal
  • Jika cemburu tidak "bertempat" tentu tidak disukai lelaki. Tetapi ada juga lelaki yang bersikap bermata keranjang sengaja membuat pasangan cemburu.

Minta perhatian
  • Sesekali wanita akan bersikap keanak-anakkan dengan berpura-pura cemburu kerana inginkan perhatian yang lebih daripada lelaki. Daripada perkara yang sekecil-kecil zarah pun mereka cemburu. Harapan mereka, mereka mahu dipujuk!

Tidak suka persaingan
  • Bila lelaki sudah menjadi hak, mereka tidak mahu ada lagi persaingan. Jadi jika ada tanda-tanda wanita lain cuba mendekati pasangannya, cepat-cepat mereka berdiri disebelah! Itu tandanya mereka cemburu.

Takut kehilangan
  • Kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup wanita adalah sesuatu yang paling menyakitkan. Maka seboleh-bolehnya hak milik mereka dijaga dengan rapi sebelum orang lain merampasnya.

Setia dicabuli
  • Sudah tentunya wanita adalah insan yang jenis kuat cemburu. Ternyata kebanyakkan mereka adalah wanita yang setia terhadap lelaki. Jadi mereka akan cemburu kerana kesetiaan mereka dipandang lekeh oleh lelaki.
CC : Lelaki Berbicara

✿ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini! ✿

No comments :

Post a Comment

Post a Comment